PUTRAJAYA, 30 OKT: Bekas pesakit Covid-19 yang sudah pulih diminta untuk tampil menyertai kajian dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai virus berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
PUTRAJAYA, 30 OKT: Sebanyak 799 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini dengan 636 atau 79.6 peratus daripadanya adalah di Sabah serta Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
SHAH ALAM, 28 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan empat lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 28 OKT: Kes Covid-19 di Selangor kembali ke dua digit hari ini apabila merekodkan 89 kes berbanding 126 yang dicatatkan semalam, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 28 OKT: Kes baharu Covid-19 dalam negara kekal tiga digit apabila merekodkan 801 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 29,441, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 23 OKT: Jumlah kes positif Covid-19 dalam negara kekal tiga angka walaupun turun kepada 710 berbanding 847 kes semalam.
PUTRAJAYA, 22 OKT: Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dan membeli ubat-ubatan yang diiklankan di aplikasi jual beli dalam talian yang kononnya berkesan untuk merawat jangkitan Covid-19.
PUTRAJAYA, 22 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan enam lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 99.
PUTRAJAYA, 22 OKT: Sebanyak 2,145 pelajar dikesan positif Covid-19 sejak Februari lalu hingga semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM,22 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua lagi kluster baharu di Selangor membabitkan daerah Hulu Langat.
PUTRAJAYA, 22 OKT: Jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini kembali melonjak kepada 847 kes selepas mencatat penurunan semalam selain turut merekodkan lima lagi kematian baharu dan 486 kes pulih.
SHAH ALAM, 22 OKT: Sebanyak 132 kes baharu Covid-19 jangkitan tempatan direkodkan di Selangor hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 22 OKT: Lebih separuh iaitu 50.2 peratus individu tidak mengalami gejala batuk, demam dan sakit tekak ketika dikesan positif Covid-19.
KUALA LUMPUR, 19 OKT: Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh (ILKKM) dan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) diaktifkan semula sebagai Pusat Rawatan dan Kuarantin berisiko rendah (PKRC) bagi menempatkan pesakit Covid-19.
SHAH ALAM, 19 OKT: Selangor merekodkan 107 kes positif Covid-19 hari ini, juga menjadi negeri kedua tertinggi merekodkan kes baharu selepas Sabah.
SHAH ALAM, 19 OKT: Sebanyak 865 kes baharu Covid-19 dicatat hari ini, kali ketiga berturut-turut merekod bilangan kes melebihi 800.
PUTRAJAYA, 18 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) mahu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah diperketat bagi mengekang penularan Covid-19.
PUTRAJAYA, 18 OKT: Empat lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti menjadikan jumlah keseluruhan kluster bagi pandemik itu ialah 160, dengan kluster aktif kini sebanyak 85.
SHAH ALAM, 18 OKT: Kadar jangkitan semasa atau R-naught (RO) untuk mengukur penyebaran Covid-19 di Malaysia berada pada tahap 1.3 hingga 1.5, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 18 OKT: Kes harian Covid-19 di Selangor menurun kepada 77 kes hari ini berbanding 159 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.